Friday 23 March 2012

pengajaran untuk semua..subhanallah!

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum w.b.r..

Lelaki Bosnia berjalan kaki ke Mekkah menunaikan Haji...
-------------------------------------

Demi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim Village portal pada Khamis Mac 15 yang lalu.

“Jujur saja sebelum saya memulakan perjalanan ini semua orang bimbang terhadap saya menanyakan bagaimana saya, sebagai seorang Muslim boleh memulakan perjalanan meskipun melalui negara-negara Kristian seperti Serbia dan Bulgaria” kata Senad Hadzic 47 tahun.

Bercita-cita untuk melakukan haji iaitu pada akhir Oktober nanti Hadzic akan berangkat untuk melakukan perjalanan panjangnya dari kampung halamannya di utara Bosnia pada Disember 2011.

Jaraknya kira-kira 3600 batu dari Bosnia ke Mekah dan ia akn menempuh di antara 12 hingga 20 batu setiap hari.

Dalam beg di belakangnya ia membawa mushaf Al-Qur’an dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca yang tak menentu.

Dia juga membawa peta dan bendera dari enam negara yang akan diseberanginya. Dia telah berjalan sejuah 600 batu setakat ini dan tentunya menghadapi bermacam-macam masalah.

Di Istanbul contohnya dia terkandas selama 20 hari dan berusaha untuk mendapatkan kebenaran untuk berjalan menyeberangi Jambatan Bosphorus yang menghubungkan Eropah ke Asia yang terbuka hanya untuk kenderaan.

Pada akhirnya berjaya ia memutuskan untuk meneruskan perjalanan menuju Makkah walaupun tanah Syria sedang bergolak.

“Saya akan memberitahu anda bahawa perjalanan ini telah mempunyai berjuta-juta masalah” kata Hadzic.

“Saya akan menjelaskannya kepada anda seperti ini: Insya Allah, saya akan masuk Asia hari ini, dan kemudian Syria. Dan saya tidak takut tank atau peluru, hanya Allah. Dan apabila saya boleh sampai ke Makkah dan saya akan berdoa untuk kita semua.”

Jutaan Muslim dari seluruh dunia berkumpul di Mekah setiap tahun untuk menunaikan haji, salah satu daripada lima rukun Islam. Setiap Muslim dewasa yang berbadan sihat dan yang secara kewangan mampu membayar perjalanan haji wajib melakukan tuntutan ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup.

Setelah berjalan melalui pelbagai negara, Hadzic mendapat banyak pengalaman dan menerima banyak kebaikkan daripada banyak orang.

“Ada seorang tua bijaksana Turki muncul dan ketika ia tahu bahawa saya datang dari Bosnia ke Istanbul dengan berjalan kaki maka ingin memberika saya duit supaya saya naik di dalam pesawat dan terus ke Makkah untuk haji” kata Hadzic.

“Tapi saya saya menolaknya.” Musafir dengan bekalan duit yang sedikit, Hadzic mengatakan dia sangat menghargai pada kebaikan orang asing dalam perjalanan panjangnya.

“Di Serbia orang keluar di jalan dan memberi saya topi atau kaus kaki” kata Hadzic.

“Dalam satu cerita seorang profesor di Serbia mengundang saya untuk tinggal di rumahnya. Ini profesor Serbia yang beragama Kristian mengatakan kepada saya bahawa saya adalah muslim pertama yang melangkah di rumahnya dalam hidupnya. Ini adalah kehormatan besar bagi saya.”

Hadzic mengatakan ia harus melakukan perjalanan dengan berjalan kaki kerana Allah membantunya dalam mimpi melihat perjalanan ini sebagai manfaat untuk dirinya sendiri dan semua orang yang ditemuinya.

“Dengan Langkah ini saya membuktikan bahawa semua yang saya lakukan adalah kerana kasih saya kepada Allah” kata Hadzic.

“Demi apapun yang ada di dunia saya tidak akan menghentikan apa yang saya lakukan.” Meskipun belum setengan jalan namun banyak hal yang telah Hadzic pelajari.

“Pengalaman yang paling beharga yang saya dapat ialah, belajar erti ‘berterima kasih’ dan bersyukur dengan apa yang ada. Orang-orang miskin yang tinggal di luar bandar mencintai Allah dan menyokong saya dengan kemurahan hati” kata Hadzic.

Kredit asal : MTD KOTA LAMA

 

Wednesday 14 March 2012

alasan tipikal perempuan tak nak tutup aurat

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum w.b.r
*copy and paste..

1. Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga ke?
-Yang pasti, kalau tak tutup aurat, confirm masuk NERAKA..Nauzubillah

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu.
"Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah seperti tudung. Tudung pula yang disalahkan, "
pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk
pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri
tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin
maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi
untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap solat dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke
neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan ALLAH.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita,
setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.
Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara?
Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi
tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih
daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Wallah Huallam

Sunday 11 March 2012

good luck kawan...

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum w.b.r



entry kali ni aku nak cerita pasal kawan, rakan, sahabat dan sewaktu dengannya..erm kalau dikira dari mula2 masuk tadika sampai sekarang, memang taklah kan aku ingat sorang2..maybe kalau tengok muka aku kenal lah..cuma kalau tanya nama, minta maaf banyak...hee..

ok..aku tujukan khas untuk semua kawan2 aku samaada yang still ingat n yang da tak kenal aku da...hoho...aku sebut satu2 lah kan...
  1.  pasti al-huda
  2. sekolah rendah islam al-irsyad
  3. sekolah menengah agama al-ihsan
  4. sekolah menengah kebangsaan pandan
  5. kem latihan cheneh cemerlang
  6. universiti pendidikan sultan idris
nama2 yang aku sebut kat atas, nama tempat yang aku pernah jejakkan kaki..cuma yang no. 6 tu sedang menjejakkan kaki..hehe..

mintak maaf kalau ada yang tak patut tersimpan dalam hati kalian samaada aku sengaja or tidak and gud luck untuk semua samaada yang tengah study, bkerja and apa je yang kamu semua sdang lakukan...untuk semua aku tujukan lagu ni...



"sinar bulan yang terang..
meyinari daku sendirian..
mengimbau kisah silam..
penuh kenangan dalam kerinduan..
walau sejauh mana..
namun kau tetap dalam hatiku..
segala memori nan indah..
akan terus kekal selamanya..

akan ku setia padamu..
kan ku genggam erat ikatan abadi..
meniti hidup bersama..
lalui suka dan duka ..
tangis tawa bersama..
menghibur dikala duka...

duhai teman ku disana..
kenanglah daku disini,
akan ku teruskan perjuangan ini..
teguhkan iman dihati,
sematkan lah dalam diri..
ikatan suci..

the times we share together freind,
has tought the meaning of..
the precious things of love..."
-nur one - melodi hati- 


-uniQue-

lidah lagi tajam dari pedang?

bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum w.b.r..

dulu masa sekolah rendah aku selalu dapat kelas ke 3 dr 4 kelas..result aku pun tak lah hebat,senang cerita tak ada apa nak dibanggakan, sedikit benak..aku penah merasa lah masuk kelas pertama tu pun masa darjah enam sebabnya kelas ada 2 buah je..aku masuk kelas pertama lagi lah teruk,aku dapat tempat last kot..masa tu aku rasa asing gila dalam kelas tu..rasa cam kecik jek diri aku walaupun masa tu aku paling besar..hehe..

nak dijadikan cerita, lepas SPM, bebudak kelas masa aku darjah enam tu wat lah reunion..tapi tak berapa ramai la yang datang sebab ada yang dah pindah..tengah2 borak2,ada lah sorang hamba ALLAH ni tanye aku..dia ni boleh dikatakan antara top 5 la kot dalam kelas..erm aku tak sure tapi kira budak bijak gak la..dia tanya aku macam ni.. " ina, nanti anti nak apply mane?"..masa tu result SPM belum keluar lagi..baru aku nak jawab,dia dah jawab.."ha ana tahu..mesti nak amek STPM kan..?"..aku ni dah blur dah ni..apa ni,dia tanya, dia jawab??..tak sempat aku nak bukak mulut, dia cakap lagi.."STPM stand for Sijil Tunggu Pinangan Masuk..HAHAHAHA"...sentapppp!!!..

masa tu aku hanya mampu sengeh macam kerang busuk je depan dia and semua orang..aku rasa nak terjun laut pun ada..dalam hati tuhan je tahu betapa sakit and malunye masa tu..aku tahu motif dia nak bergurau tapi agak2 la kan..aku tahu la aku benak tapi perlu ke bergurau sampai memalukan orang macam tu??bergurau ke menyindir??erm ntah..mungkin tu lah the first and the last aku pergi reunion dengan mereka kot..fobia..

sampai sekarang pun aku still panas je hati bila teringat kata2 tu..mcam berulang2 je..macam satu penghinaan bagi aku..jujur aku cakap dah banyak kali aku cuba maafkan kata2 dia, mintak maaf cakap payah sikit..tapi aku tak de lah kejam sampai doakan dia macam2,uish nauzubillah...mungkin bagi dia, alah menda kecik je kot, gurau2 dengan member..erm yeah right..mungkin macam tu kot orang bijak bergurau..ops sorry terkasar bahasa plak kat sini..

tapi aku memang tabik la kat dia..sekarang kat mesir, study Al-azhar..belum terlambat rasanya aku ucap tahniah..tahniah ye..semoga anti berjaya kat sana..nanti ana cuba maafkan kata2 anti tempoh hari..semoga kita berjumpa lagi..

motif aku cerita ni?

tujuan aku bukanlah nak aib kan diri sendiri and aibkan siapa2, mintak simpati jauh sekali..aku cuma nak bagitahu yang bukan semua orang kita boleh bergurau..sebelum bergurau kita kene tengok masa,tempat, cara, mood and situasi orang tu camana dulu kan..bukan main redah je..betul tak? betul lah ayat ni "lidah lagi tajam dari pedang" ..kalau pedang tertusuk kat hati, mungkin kita terus mati..tapi kalau lidah keluarkan kata2 menusuk hati, silap2 boleh ingat sampai mati..ceehh ayat..kemain...huhu.. siapa2 yang tak paham, buat2 paham je la ye..hehe

akhir kalam, pada siapa2 yang pernah terasa dengan gurauan aku, aku mintak maaf banyak2..and mintak maaf banyak2 kalau ada ayat2 yang kasar aku tulis kat atas..semoga ALLAH lembutkan hati aku untuk sentiasa memaafkan..AMIN..

-uniQue-